Showing posts with label Ilmuan. Show all posts
Showing posts with label Ilmuan. Show all posts

Tuesday, November 11, 2008

Di Sebalik Ujian Hidup

Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah, menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT. Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb. Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ibnu Qayyim pernah menyebut "dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Orang yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadikan kita lupa diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang kelemahan diri. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin terpaksa bersabar (kerana itu saja yang kita mampu buat) tetapi apabila hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula orang yang terpaksa bersyukur. Oleh kerana itu sahabat-sahabat Rasulullah SAW lebih takutkan ujian kemewahan dari ujian kemiskinan.

Kesukaran dan kemiskinan hidup kadang-kadang menghidupkan kepekaan jiwa hinggakan kita lebih banyak memikirkan kepentingan orang lain dari kepentingan keperibadi menyebabkan kita membesar dengan jiwa masyarakat. Sedang kemewahan menjadikan kita manusia yang sibuk dengan keperluan dan kepentingan diri bahakan kadang-kadang menjadikan rakus walau terhadap harta dan kekayaan orang lain.

Wednesday, October 8, 2008

Allah Ada, Allah Lihat



Pengetahuan pertama yang patut diberi kepada anak ialah ilmu Tauhid - pengesaan terhadap Allah diikuti dengan pengenalan terhadap Nabi Muhammad saw. sesuai dengan konsep 'awaludin makrifatullah' atau awal-awal agama ialah mengenal Allah.


Dalam usaha menerapkan jiwa tauhid ini, seorang bapa mengajar anaknya supaya mengulang beberapa kali ayat berikut "Allah ada, Allah melihat". Si anak tadi terus menjadikannya seperti wirid dengan mengulang berkali-kali ungkapan "Allah ada, Allah lihat". Kalau tak dapat diucapkan dengan mulut, ia dilintaskan di dalam hati.

Pada satu hari, si-bapa dan anaknya berjalan-jalan di sebuah dusun buahan jirannya. Dia ternampak buah rambutan sedang masak di sebuah pokok. Teringin di hatinya untuk mengambil beberapa tangkai lalu dia pun menyuruh anaknya memanjat. Sebelum memanjat dia mengingatkan anaknya supaya meneriaknya jika ternampak ada orang menghala ke situ. Si anak yang taat itu pun memanjat sebagaimana yang disuruh oleh bapanya.


Apabila hendak memetik, si-anak terus memekik "ada orang! ada orang!". Bapanya terperanjat dan lari lintang pukang bersembunyi di balik semak. Apabila anaknya turun dan mendapati tiada siapa di situ, si-bapa bertanya mana orangnya. Si-anak tadi memberitahu bapanya, "Allah ada, Allah melihat. Allah melihat apa yang saya buat. Sebab itu saya terjerit!"

Si-bapa terdiam malu mendengar kata-kata anaknya itu.


MORAL & IKTIBAR

    • Mengajar tauhid kepada anak sejak kecil lagi adalah fardhu ain
    • Taufiq dan hidayah adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya
    • Allah tidak suka kepada orang yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya
    • Kadang-kadang orang yang belajar lebih pandai daripada orang yang mengajar
    • Jangan lihat siapa yang berkata tapi dengar apa yang dikatakannya
    • Ungkapan seperti 'Allah melihat apa yang kita buat' patut diterapkan dalam sanubari kita hingga benar-benar sebati dengan darah daging kita.
    • Ilmu agama khususnya bidang akidah lebih berkesan diberi semasa kecil
    • Orang senior perlu juga mendengar kata nasihat orang junior
    • Mengingat Allah menjauhkan kita dari melakukan maksiat

Friday, September 12, 2008

Doa Yang Mustajab


1.Golongan orang yang terdesak -ditimpa oleh malapetaka. Bacakan ayat Seribu Dinar - Surah Talak Ayat 2.

2.Doa orang yang kena zalim-contohnya pergi masjid kasut hilang. Doakan yang baik kepada orang yang mengambilnya semoga dengan doa ini si polan itu boleh menjadi baik dan tidak melakukan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah.

3.Doa seorang bapa kepada anaknya. Doa bapa mudah dikabulkan oleh Allah. Bacakan surah Thaaha Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu anak yang baik.

4.Doa daripada seorang anak kepada kedua ibubapanya. Anak hendaklah sentiasa melihat kedua ibubapanya dengan senyum. Jika kita berbuat baik kepada kedua ibubapa, Insya Allah anak-anak kita akan berbakti kepada kita pula. Hendaklah selalu berhubung denga kedua ibubapa melalui telefon, jika tiada telefon berhubuglah dengan berdoa. Dengan cara berbaik-baik kepada kedua ibubapa ini beliau telah memberikan doa Nabi Zakaria tentang masalah susah mendapat zuriat. Doa tersebut bererti: (Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami dari sisi-MU keturunan(anak) yang baik; bahawasanya Engkau Tuhan yang sangat mendengar doa hamba-Mu).

5. Doa seorang muslim terhadap saudaranya.

 
Laman Utama © 2007 Template feito por Templates para Você
/*