Sunday, May 3, 2009

Buat sahabatku...

Assalamualaikum….

Sudah sekian lama aku tidak mengupdate blog ini… Skrg aku sudah habis exam, hu2. Inilah kesempatan buat aku untuk berbicara sebelum aku meninggalkan UKM. Banyak kengan manis dan pahit aku lalui sepanjang berada di sini. Terasa sedih bila ingin meninggalkan UKM kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan seperjuangan. Selepas ini, masing-masing membawa haluan masing2. Hendak jumpa pun susah bila dah habis belajar macam nie.

Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar & ingin meminta maaf kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu serta memberi tunjuk ajar sepanjang kita belajar bersama. Andai kalian membuka blog ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala apa yang diberikan, dan berharap agar ukhwah kita ini kekal selamanya. Bertemu dan berpisah kita kerana Allah.

Di samping ini juga, buat rakan-rakan rapat aku along, kirah, ella, fiza & pijah harap persahabatan kita kekal selamanya dan saling berhubung walaupun kita tidak dapat bertemu selepas ini. Sayang korang semua. Buat roomet aku ‘Ella’ andai ada terkasar bahasa, tersalah cakap atau menyinggung perasaanmu sepanjang menjadi roomet, idah minta maaf banyak-banyak. Apapun terima kasih banyak kerana membantu idah.. Harap persahabatan kita kekal selamanya. Jgn lupa, ada berita gembira nk khwin ker jgn lupa jemput. Harap sangat persahabatan ini kekal selamanya. Sedih sgt sebab selepas nie msti kita susah nk berjumpa kan…

Sesungguhnya semua ini adalah kehendakNya…..

 
Laman Utama © 2007 Template feito por Templates para Você
/*